Monday, April 18, 2011

perasaan itu


ya.. perasaan saya sekarang boleh dikatakan 90% negatif. hanya 10% yang tinggal adalah positif. hati begitu sebal, bengkak, rabak. ya.. begitulah perasaan saya kala ini. tidak perlu diulas mengenai apa, apa sebabnya. apa yang pasti apa yang dirasa memang sesuatu yang pasti. hati seakan dirobek-robek tanpa ada rasa belas. tapi biarlah. mungkin mereka selesa memperlaku manusia lain sebegitu. sakitnya bukan boleh digambar, bukan boleh diungkap. sakit,benar-benar sakit. ya.. saya menanggung kesakitan yang tidak nampak di mata kasar. perlukah berterus terang. masih tidak pasti.

bila tak boleh tidur..


apa yang seronok, bila tak boleh tidur?

  1. siapkan kerja2 terbengkalai.. (ececeh..cam rajen giller..)
  2. makan..gergasi pon kalah..
  3. wat planning besh utk hari esok.. (advance la kunun2..)
  4. wat ABM mantopp.. (besanye brangan je lebey..)
  5. post entry kt blog.. (sdg melakukannya..)
  6. muhasabah diri.. (insaf jp..sile la cermin diri..)
  7. terkenang zmn muda mudi.. hingus-hingusan.. (ni mmg terbaek)
  8. wat push up bagai.. (ni cm tebiat sket..)
  9. buka peti ais, tutup peti ais.. (takot nk makan..uhuhu..)
  10. merewang print keje anak murid.. (smgt kental bak waja,siot..)
  11. pkir2 kn pe perlu wat utk jd apa2 yang besh 5thn dr skg... (bwawasan tu penting)
  12. arghhh!! sy mau tido tp mata xmau... tolong!!

sekian,terima kaseh...

malas

Tidak keterlaluan sekiranya saya mengatakan saya seorang yang pemalas. wahaha... *gelakgulingguling* ya,memang benar lagi sahih. bayangkan baju yang tidak berlipat menimbun di atas tilam tempat beradu. bila mana mahu melelap mata,sedikit-dikit baju dikuis ke tepi. wallah~~ memang terbaik. kadang-kadang tidur bersama longgokan baju sudah semestinya. bagaimana mahu mendisiplin diri? sedari umur 13thn mengurus diri di asrama. alah bisa,tegal biasa mmg sangat tidak sesuai saya gunakan. apa dah... xde isu timbulkan isu pemalas. memang terbaek. mata tak boleh lelap. maka,hasilnya karangan merapu dari saya.

sekian..

Tuesday, April 5, 2011

kehidupan biasa


malam-malam sebegini mencuit hati kecil untuk mencoret di sini. sudah lama kiranya tidak menyalurkan sesuatu yang difikirkan sedikit bernas mahupun sekadar picisan yang merepek kala hati, jiwa sedang meruntun untuk merehat. ahahaha... (gelak kecil)

berhujung minggu bersama ummi & ayah, juga bersama keluarga sebelah ummi. sepupu terdekat sudah menimang cahaya mata pertama, buah tangan perkahwinan tahun lalu. Aida, bayi comel itu betul-betul lahir bersempena hari mama & papanya bernikah. sangat bijak memilih tarikh ya, si kecil Aida. padahal menurut mama Aida, dia diserang sakit di dada 3hari sebelumnya. tanda-tanda untuk bersalin yang pelik - bengkak di bahagian dada. tiada ulasan lanjut. tiada pengalaman. diam-diam sudah.

seperti biasa, berkumpul ramai-ramai. pasti ada yang bertanya itu ini. wallahh.. kehidupanku tetap seperti tahun-tahun sudah. cuma sekarang sudah bekerjaya. punya duit poket hasil titik peluh. cukup memadai untuk kehidupan selama sebulan. untuk simpanan? bukan seperti yang diharapkan. walaupun sudah berusaha sedaya upaya. tapi tidak mahu mengeluh sebab tiap masalah pasti ada solusinya. ya, SOLUSI..

alhamdulillah, buat 3bulan yang sudah rezekiku masih mecukupi dan tidak sesempit dulu. terima kasih, ya Allah. masih boleh bergerak ke sana ke sini tanpa gusar. tapi sikap berjimat & sentiasa menabung walau sepuluh sen sehari tetapku amalkan dari dulu. harap-harap tabung yang kecik itu menjana hasil dalam diam.

kehidupan kerjaya biasa-biasa saja. senang hati, senyum gembira. hati berduka, simpan diam-diam nun di sudut sana. malas mahu difikirkan. ujian bulanan 2 bakal menjelma minggu hadapan. tugasan belum terlunas. gusar jiwa bila soalan yang dipilih tidak menepati kehendak orang atasan. beginilah resam adat si kerdil melaksana tugas. alahai badan, jiwa & akal.

baiklah. tiada apa lagi perlu dicoret. mata juga semakin berkabus. perlu melelap dan beradu. selamat malam.