Tuesday, April 5, 2011

kehidupan biasa


malam-malam sebegini mencuit hati kecil untuk mencoret di sini. sudah lama kiranya tidak menyalurkan sesuatu yang difikirkan sedikit bernas mahupun sekadar picisan yang merepek kala hati, jiwa sedang meruntun untuk merehat. ahahaha... (gelak kecil)

berhujung minggu bersama ummi & ayah, juga bersama keluarga sebelah ummi. sepupu terdekat sudah menimang cahaya mata pertama, buah tangan perkahwinan tahun lalu. Aida, bayi comel itu betul-betul lahir bersempena hari mama & papanya bernikah. sangat bijak memilih tarikh ya, si kecil Aida. padahal menurut mama Aida, dia diserang sakit di dada 3hari sebelumnya. tanda-tanda untuk bersalin yang pelik - bengkak di bahagian dada. tiada ulasan lanjut. tiada pengalaman. diam-diam sudah.

seperti biasa, berkumpul ramai-ramai. pasti ada yang bertanya itu ini. wallahh.. kehidupanku tetap seperti tahun-tahun sudah. cuma sekarang sudah bekerjaya. punya duit poket hasil titik peluh. cukup memadai untuk kehidupan selama sebulan. untuk simpanan? bukan seperti yang diharapkan. walaupun sudah berusaha sedaya upaya. tapi tidak mahu mengeluh sebab tiap masalah pasti ada solusinya. ya, SOLUSI..

alhamdulillah, buat 3bulan yang sudah rezekiku masih mecukupi dan tidak sesempit dulu. terima kasih, ya Allah. masih boleh bergerak ke sana ke sini tanpa gusar. tapi sikap berjimat & sentiasa menabung walau sepuluh sen sehari tetapku amalkan dari dulu. harap-harap tabung yang kecik itu menjana hasil dalam diam.

kehidupan kerjaya biasa-biasa saja. senang hati, senyum gembira. hati berduka, simpan diam-diam nun di sudut sana. malas mahu difikirkan. ujian bulanan 2 bakal menjelma minggu hadapan. tugasan belum terlunas. gusar jiwa bila soalan yang dipilih tidak menepati kehendak orang atasan. beginilah resam adat si kerdil melaksana tugas. alahai badan, jiwa & akal.

baiklah. tiada apa lagi perlu dicoret. mata juga semakin berkabus. perlu melelap dan beradu. selamat malam.


No comments:

Post a Comment